Halaman

Isnin, 11 April 2011

CATAN - Aliran Seni Catan Barat

Definisi catan


• Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.
• Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.


Sejarah Seni Catan


• Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko.
• Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko.
• Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.


Karya Eugene Delacroix
• Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme.
• Berjodol Liberty Leading the People (1830).
• Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.



Karya Van Gogh


Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19.
Aliran Impressionisme.
Berjodol : Bedroom.
mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.
Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.


Karya Warhol


• Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20.
• Aliran Pop Art.
• Berjodol Marylin Monroe
• Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu.
• Gaya umpama poster untuk pengiklanan.


Aliran-aliran seni catan di barat


• Klasik
• Barroque
• Romanticisme
• Impressionisme
• Post-Impressionisme
• Ekspressionisme
• Kubisme
• Surelisme
• Seni Pop


Aliran Klasik


• Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
• Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
• Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
• Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
• Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
• Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.


Leonardo Da Vinci

Michalengelo
Aliran Romanticism


• Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
• Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.
• Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
• Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura
• Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.
• Penggunaan garisan luar yang terang.
• Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.
• Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.
• Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.


Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Eugene Delacroix

Francisco José de Goya
Francisco José de Goya

Aliran Barroque


• Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
• Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
• Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
• Latar belakang karya berwarna gelap
• Karya tertumpu kepada objek


Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn
Aliran Impressionism


• Aliran muncul pada abad ke-19.
• Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
• Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
• Warna bertindih-tindih.
• Tidak melukid secara detail.
• Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.
• Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
• Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
• Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.


Claude Monet

Claude Monet
Edgar Degas

Vincent Van Gogh

Pierre-Auguste Renoir
Aliran Post-Impressionisme


• Realiti itu sentiasa baru dan tegas
• bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
• bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
• melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.
• melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
• perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
• warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.


George Seurat

Paul Cezanne

Paul Gauguin
Aliran Kubisme


• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang bertenaga


Pablo Picasso

Marcel Duchamp
Aliran Ekpresionisme


• Menolak ciri-ciri tradisi klasik
• Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
• Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
• Penggunaan warna yang dramatik
• Tidak ada imej yang jelas.
• Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.


Wassily Kandinsky

Jackson Pollock
Aliran Surelisme


• Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
• Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
• Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
• Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
• Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
• Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.


Salvador Dali
Aliran Seni Pop


• Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.
• Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
• Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
• Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
• Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
• Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.


Andy Warhol

Kepada mereka yg nk ambil studio tembikar kene tahu benda ni hehehe...

Tembikar - Teknik Pembuatan Labu Sayong

Labu sayong

Labu sayong

Pembikinan labu sayong

Peralatan Yang Digunakan


penepek


1. Penepek


Sebatang kayu diguanakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.


sudip


2. Sudip


Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.


pengukir


3. Pengukir


Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.


batu luru
4. Batu Luru / Licin


Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.


Pinggan alas


5. Pinggan Ayan / Piring Capah


Berfungsi sebagai roda pemutar.


Proses Pembuatan Labu Sayong


Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.


Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai

Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran


1. Menyediakan Tanah


Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada.


Setelah nyata bersih, tanah itu duli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.


Membentuk tanah liat

Membentuk tanah liat


2. Membentuk


Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.

Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.


Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.


Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.


Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu

Ragam hias menggunakan pelarik
3. Menghias


Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.




Labu yang disalai

pembakaran tembikar

labu dimasukkan ke dalam sekam padi bagi mendapatkan warna kepada labu tersebut


4. Membakar


Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.


Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.


Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.


Labu yang telah siap
labu yang telah siap

Sejarah Seni Lukis

Sejarah Seni Lukis


Seni lukis adalah salah satu induk dari seni rupa. Dengan pengertian yang sama, seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih utuh dari drawing.
Zaman prasejarahDari segi sejarahnya, seni lukis sangat berkait dengan gambar. Peninggalan-peninggalan prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun yang lalu, nenek moyang manusia telah mulai membuat gambar pada dinding-dinding gua untuk menceritakan bahagian-bahagian penting dari kehidupan mereka.

Semua kebudayaan di dunia mengenal seni lukis. Ini disebabkan kerana lukisan atau gambar sangat mudah dibuat. Sebuah lukisan atau gambar boleh dibuat hanya dengan menggunakan material yang sederhana seperti arang, kapur, atau bahan lainnya. Salah satu teknik terkenal gambar prasejarah yang dilakukan orang-orang gua adalah dengan menekap tangan di dinding gua, lalu menyemburnya dengan kunyahan daun-daunan atau batu mineral berwarna.

Hasilnya adalah cetakan tangan berwana-warni di dinding-dinding gua yang masih bisa dilihat hingga saat ini. Kemudahan ini memungkinkan gambar (dan selanjutnya lukisan) untuk berkembang lebih cepat daripada cabang seni rupa lain seperti seni patung dan seni keramik.

Seperti gambar, lukisan kebanyakan dibuat di atas bidang datar seperti dinding, lantai, kertas, atau kanvas. Dalam pendidikan seni rupa modern di Indonesia, sifat ini disebut juga dengan dwi-matra (dua dimensi, dimensi datar). Seiring dengan perkembangan peradaban, nenek moyang manusia semakin mahir membuat bentuk dan menyusunnya dalam gambar, maka karya-karya mereka mulai membentuk semacam komposisi rupa dan naratif (kisah/cerita) dalam karya-karyanya.

Objek yang sering muncul dalam karya-karya purbakala adalah manusia, binatang, dan objek-objek alam lain seperti pohon, bukit, gunung, sungai, dan laut. Bentuk dari objek yang digambar tidak selalu serupa dengan aslinya. Ini sangat dipengaruhi oleh pemahaman si pelukis terhadap objeknya. Misalnya, gambar seekor rusa dibuat dengan proporsi tanduk yang luar biasa besar dibandingkan dengan ukuran tanduk asli. Ini dipengaruhi oleh pemahaman si pelukis yang menganggap tanduk adalah bahagian paling mencirikan seekor rusa. Oleh itu, cerita mengenai satu macam objek menjadi berbeza-beza bergantung kepada pemahaman budaya masyarakat di daerahnya. Pencitraan ini menjadi sangat penting kerana ia juga dipengaruhi oleh imaginasi. Dalam perkembangan seni lukis, imaginasi memegang peranan penting hingga kini.

Pada mulanya, perkembangan seni lukis sangat terkait dengan perkembangan peradaban manusia. Sistem bahasa, cara bertahan hidup (berburu dan memasang perangkap, bercucuk-tanam), dan kepercayaan (aktiviti keagamaan) adalah hal-hal yang mempengaruhi perkembangan seni lukis. Pengaruh ini terlihat dalam jenis objek, pencitraan dan naratif di dalamnya. Pada masa-masa ini, seni lukis memiliki kegunaan khusus, misalnya sebagai media pencatat (dalam bentuk rupa) untuk diulangkisahkan. Saat-saat senggang pada masa prasejarah salah satunya diisi dengan menggambar dan melukis. Cara komunikasi dengan menggunakan gambar pada akhirnya merangsang pembentukan sistem tulisan kerana huruf sebenarnya berasal dari simbol-simbol gambar yang kemudian disederhanakan dan dibakukan.

Pada satu titik, ada orang-orang tertentu dalam satu kelompok masyarakat prasejarah yang lebih banyak menghabiskan waktu untuk menggambar daripada mencari makanan. Mereka mulai mahir membuat gambar dan mulai menemukan bahawa bentuk dan susunan rupa tertentu, bila diatur sedemikian rupa, akan nampak lebih menarik untuk dilihat daripada biasanya. Mereka mulai menemukan semacam cita-rasa keindahan dalam kegiatannya dan terus melakukan hal itu sehingga mereka menjadi semakin mahir. Mereka adalah seniman-seniman yang pertama di muka bumi dan pada saat itulah kegiatan menggambar dan melukis mulai condong menjadi kegiatan seni.

Kreativiti secara umum


Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”
“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the
difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the
results.” (Torrance, 1974)
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

Selasa, 1 Mac 2011

Importante punya info

Roger Wolcott Sperry
1913-1994

Roger W. Sperry, Nobel laureate and Board of Trustees Professor of Psychobiology, Emeritus, at Caltech, died early Sunday, April 17, 1994. He was 80.
A native of Hartford, Connecticut, Sperry earned his bachelor's degree in English literature from Oberlin College in 1935, then focused his attention on psychology, earning his master's in that subject in 1937, also from Oberlin. For his doctorate, he studied zoology, earning his degree from the University of Chicago in 1941.
His academic career was equally diverse, He held fellowships at Harvard from 1941 to 1946, where he worked in the Yerkes Laboratories of Primate Biology, and performed military service from 1942 to 1945 by taking part in the OSRD Medical Research Project on Nerve Injuries. He taught as an assistant professor in the University of Chicago's department of anatomy until 1952, then in 1952/53 served as an associate professor of psychology at the same school and simultaneously as the section chief for neurological diseases and blindness at the National Institutes of Health. In 1954 he became the Hixon Professor of Psychobiology at Caltech, where he remained until his retirement in 1984.
Sperry's best-known research involved "split-brain" patients, people who had had the connection between their left and right brain hemispheres surgically cut. His work showed how the two hemispheres function, independently and in concert, and continues to have important implications not only for medicine but for education and philosophy as well. Among his many other important accomplishments, he pioneered new territory during the 1940s in the functions of brain cells and in the study of vision. In the early 1960s he presented the foundation for a new theory explaining how neurons grow, assemble, and organize themselves in the brain by means of amazingly intricate chemical codes that are controlled by heredity.
In later years, Sperry's ever-active mind turned more and more to philosophy. According to the January 1994 issue of Humankind Advancing, which was dedicated to Sperry, "Reflection on the manifestations of conscious awareness in the surgically divided brain led Sperry, in 1965, to publish the first of a remarkable series of philosophical papers." In these papers, Sperry proposed a new theory of mind that, though greeted with initial skepticism, was destined within ten years to replace behaviorism as the dominant foundational philosophy of behavioral science. It is for this., more than his studies of vision, neuronal growth, or split-brain patients, that Sperry wanted to be remembered.
Besides sharing the Nobel Prize In 1981 with David H. Hubel and Torsten N. Wiesel, Sperry also received the National Medal of Science in 1989 from then president George Bush, the Wolf Prize in Medicine and the Albert Lasker Medical Research Award in 1979, and the California Scientist of the Year Award in 1972.
In addition to his talents as a researcher, he was "the most artistic person I've ever known," said long-time laboratory assistant Lois MacBird in a 1981 interview. "He sculpts phenomenally. [The Sperry's] home is filled with his work." Sperry was also an avid paleontologist, with an extensive collection of prehistoric mollusks.
"He was one of the premier experimental neurobiologists of his time," said Norman Davidson, the Norman Chandler Professor of Chemical Biology, Emeritus, and Executive Office for Biology at Caltech. "Those of us who have known him since those early years will always remember the courage and tenacity with which he continued to carry on his work in later years in spite of a debilitating degenerative disease. It was an inspiration to all who knew him."
Sperry is survived by his wife of 45 years, Norma Deupree Sperry of Pasadena; his brother, Russell L. Sperry, of Bend, Oregon: his son, Glenn Tad Sperry, of Philadelphia; his daughter. Janeth Hope Sperry, of Cleveland; and two grandchildren.
The family asks that, in lieu of sending flowers, donations be made to the Muscular Dystrophy Association, or to the Children's Lung Fund, Cleveland, Ohio

IKONOGRAFI?? what is that?

IKONOGRAFI
Ikonografi merupakan lambang-lambang seni yang digambarkan melalui lukisan, ukiran arca, dan sebagainya. Ikonografi juga merujuk kepada cabang sejarah seni yang mempelajari identifikasi, deskripsi dan interpretasi isi gambar. Kata ikonografi berarti "penulisan gambar", dan berasam dari Yunani Kuno, εικον (gambar) dan γραφειν (menulis).

think u know enough about ur lecturer?? think again...

ZAKARIA ALI (Zakaria bin Ali; Prof. Madya Dr.)
LAHIR : 21 Julai 1946, di Kampung Batu, Rembau, Negeri Sembilan. 
ALAMAT : 24, Solok Tenggiri, Seberang Jaya, 13700 Butterworth, Pulau Pinang.
PEMINAT dan peneliti sastera Melayu lebih mengenali Zakaria Ali sebagai penulis cerpen dan puisi di samping lukisan-lukisan yang diciptakannya.  Pada tahun 1991, dunia kesusasteraan tanah air mula menyedari akan bakat Zakaria bukan setakat itu sahaja.  Beliau sesungguhnya berbakat besar dalam penulisan novel dan Empangan adalah buktinya.
Anak keenam daripada 12 adik beradik ini menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Air Molek, di Johor Bahru pada tahun 1952 hingga 1953.  Zakaria menyambung pelajarannya di Undang Rembau English School, Rembau pada tahun 1954 hingga 1957.  Beliau kemudiannya bersekolah di Government English Primary School, Port Dickson pada tahun 1958 hingga 1964.  Pada tahun 1968, Zakaria melanjutkan pelajaran di Southwestern University, Georgetown, Texas, Amerika Syarikat, selama empat tahun atas Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman, Yayasan Asia dan The Teele Foundation of Southwestern University dan berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni halus pada Mei 1972.  Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana di Stephen F. Austin State University pada Ogos 1973 dan Ijazah Sarjana dalam pengkhususan sejarah seni di Universidad de las Americas, Puebla, Mexico pada Disember 1976.  Minatnya dalam bidang akademik menyebabkan beliau melanjutkan pengajian di Harvard University, Massachusetts dan berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada Mac 1991.
Sewaktu usianya menjangkau dua puluhan, Zakaria pernah menjadi pekerja kilang di ESSO Refinery, Port Dickson pada tahun 1965.  Semasa menuntut di Texas, Zakaria bekerja di beberapa kilang, termasuk kilang besi di Houston, dan kemudian memegang jawatan “graduate assistant” pada tahun 1972.  Selepas menamatkan pengajian di peringkat sarjana yang bermula pada tahun 1977, Zakaria menjadi pensyarah di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.  Beliau kemudiannya dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang sejarah seni pada Januari 1993 sehingga kini.  Zakaria juga pernah menjadi penasihat kepada pelajar-pelajar tahun akhir untuk projek seni dan latihan ilmiah dan menyelia sejumlah calon Sarjana dan Doktor Falsafah.  Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bahagian Seni Halus pada tahun 1982 hingga tahun 1984 dan tahun 1989 hingga tahun 1991.  Di samping itu, Zakaria juga pernah menjadi Timbalan Pengarah Pusat Seni pada tahun 1983 hingga 1984 serta pernah menjadi Penyelaras Rancangan Sijil Seni Kreatif di bawah usaha sama Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 1990 hingga 1996.
Zakaria Ali meneroka dunia seni kreatifnya menerusi dua wadah, iaitu tulisan dan lukisan.  Sebagai penulis, Zakaria menerapkan sikap dan pandangannya melalui penulisan esei, rencana, kertas kerja, sajak, cerpen, novel dan diari.  Manakala bakat melukis yang dimiliki membawa Zakaria mendekatkan diri dalam bidang seni halus, terutama bidang catan dan cat air.  Zakaria Ali bukan sahaja mampu menghasilkan karya dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam bahasa Inggeris. Beliau lebih mengenali sastera Inggeris terdahulu daripada sastera Melayu, mengenali Watter de la Mare sebelum Chairil Anwar, mengenali Dickens sebelum A. Samad Said.
Bakatnya dalam bidang puisi terserlah sejak pengajiannya di luar negara dengan kekerapan tersiarnya puisi beliau dalam majalah Magaphone, Southwestern Magazine, National  Echo dan Pacific Moana Quarterly.  Manakala di tanah air, Dewan Sastera memberi laluan kepada puisi-puisinya untuk tatapan pembaca.  Puisi awalnya berjudul “Sonnet I” dan “Doubt” tersiar dalam Southwestern Magazines pada tahun 1970.
Sebenarnya Zakaria Ali melibatkan diri dalam dunia penulisan pada sekitar tahun 1968 apabila cerpen pertamanya “The Letter” mendapat tempat dalam majalah pelajar Southwestern Magazine semasa menuntut di luar negera.
Kemampuan Zakaria menguasai bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol memberi ruang kepadanya menceburi bidang penterjemahan.  Ini terbukti apabila beliau menterjemahkan cerpen daripada bahasa Sepanyol “Masalla del Amor” dan “El Pajaro” karya Octavio Paz ke dalam bahasa Melayu yang disiarkan dalam Dewan Sastera, Februari 1972.
Beliau juga menghasilkan esei tentang seni halus yang banyak tersiar dalam majalah Dewan Budaya, Dewan Sastera, Masakini dan Dewan Masyarakat.  Dari November 1980 hingga September 1981, Zakaria mengisi ruangan bulanan Dewan Budaya.  Di samping, itu Zakaria juga gemar menulis diari yang lebih menjurus kepada bentuk catatan peristiwa, perasaan dan buah fikiran.  Antara catatan diarinya itu  telah disiarkan dalam Dewan Sastera terbitan Mac, September 1973 dan April 1974.  “Ten Days in Europe” ialah catatan yang tersiar dalam Melintasi Benua, terbitan PENA, 1994.
Dalam bidang seni lukis pula, Zakaria beranggapan bahawa sebenarnya bidang ini dapat memberi penghargaan atau apresiasi terhadap objek-objek seni.  Zakaria pernah mengadakan pameran lukisan perseorangan di Muzium dan Galeri Seni, Universiti Sains Malaysia pada November 1982.  Sementara itu, semasa di luar negara, beliau berkesempatan mengadakan pameran seperti di Stephen F. Austin Art Gallery pada tahun 1973, di The Beaumont Art Museum, Beaumont, Texas pada Jun 1971 di Pan Art Gallery, Fondren Square Houston, pada Ogos 1969 dan di Fellowship Hall, St. Mark’s Methodist Church, Texas pada Julai 1968.
Pameran bersama turut disertai oleh Zakaria, antaranya di Pottery Village Gallery, Artville, Pulau Pinang pada tahun 1992, di Muzium dan Galeri Seni, Pulau Pinang pada April 1989, di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1977, di Galeria de Instituto Norteamericano de Relaciones Culturales, Mexico City pada Januari 1976 dan di Southwestern University pada tahun 1968, 1969, 1970 dan 1971.
Sejak 1996, Zakaria menjadi kurator untuk Pesta Pekan Seni, Ipoh.  Zakaria ikut serta dalam kesemua pameran tersebut.  Antaranya ialah “The Masks of Yusuf Ghani” dalam katalog pameran di Galeri Citra, Kuala Lumpur (23 Ogos–11 September 1995); “The Art of Chew Teng Beng” dalam katalog Dr. Chew Teng Beng: A Retrospective – 45 Years of Selected Works di Galeri Seni Negeri Pulau Pinang (2–31 Ogos 1998); “Notes on Self-Potraits” dalam katalog AKU 99: Potret Diri di Galeri Petrones (5–11 Julai 1999).  Zakaria juga telah mengadakan dua pameran solo, iaitu “Kesan dan Ingatan” di Muzium dan Galeri USM (1–15 November 1982) dan “Retrospektif 1971-1999” di The Art Galery, Pulau Pinang (31 Januari–13 Februari 1999).
Dalam persidangan International Exhibition dan Conference of Islamic Art pada 16–19 April 1999, di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Zakaria membentangkan kertas kerja “Making Sense of Art Objects”.  Bermula dari bulan Ogos 1996 hingga sekarang, Zakaria menulis dalam ruangan “Notes on Local Lit” dalam akhbar The New Straits Times pada setiap hari Rabu (dua minggu sekali) dengan membuat ulasan terhadap novel, cerpen, puisi dan esei dalam persuratan Melayu Moden.
Sesuai dengan tugasnya sebagai ahli akademik di sebuah institusi pengajian tinggi, Zakaria banyak melibatkan diri dalam kegiatan sosial dan pendidikan.  Beliau juga menyalurkan sumbangan pemikiran melalui kertas-kertas kerja yang dikemukakan dalam seminar, persidangan, kongres, pertemuan dan sebagainya.
Dalam persidangan antarabangsa “Le Campa et Monde Malais” yang diadakan di University of California, Berkeley pada 30-31 Ogos 1990, beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Notes on the Islamic Art in Champa”.  Dalam kegiatan budaya, Zakaria pernah dilantik memegang beberapa jawatan penting seperti sebagai Penasihat Angkatan Pelukis Semenanjung (1992), Pengadil Bahas Bahasa Inggeris (1992) dan Pemidato Umum di Balai Seni Lukis Negara (1991 dan 1993).
Beberapa hadiah telah diterimanya sepanjang penglibatan beliau dalam dunia penulisan.  Pada tahun 1971. Zakaria memenangi Hadiah Karya Sastera untuk puisinya yang berjudul “Sungai”.  Beliau telah memenangi karya hadiah yang sama pada tahun 1975 bagi cerpennya yang berjudul “Arah ke Selatan”.  Beliau juga telah memenangi tempat kedua (tiada pemenang tempat pertama) dalam Sayembara Novel anjuran Yayasan Sabah-GAPENA ke-IV pada tahun 1991 untuk novelnya yang berjudul Empangan.  Novel ini juga berjaya meraih Hadiah Sastera Malaysia 1991/92 dan dijadikan teks bagi calon-calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).